Friday, July 01, 2005

The answer!

OK...aritu aku tanya pasal spekulasi kan. Well - citer aku dapat camni.

Memang kalao cek balik under komen-komen dari smuer yang menyumbang (teringat Aidil lak bab-bab sumbang ni) memang ada kena mengena ngan isu yang disebut di Dewan. Pada yang tak tau - camna nak gelar diri peminat Akademi Fantasia?

Well isu tu sedikit sebanyak memang ada kena mengena ngan statement dibawah :


Dipetik dari Harian Metro (22/6/2005)
Lelaki Biarlah Macho...
Manan Samad

GAYA keterlaluan dan perwatakan pengacara terkenal, Aznil Nawawi mengendalikan program realiti televisyen popular, Akademi Fantasia mendapat kritikan seorang ahli Dewan Rakyat, semalam.

Datuk Badrudin Amiruldin (BN-Jerai)
berkata, beliau menganggap gaya pengacara itu mengendalikan rancangan terbabit boleh memberi contoh tidak elok kepada golongan remaja.

"Saya nampak ia keterlaluan, pengacara menjerit, melalak, adakah ia wajar hanya setakat untuk memperkenalkan penyanyi. Kalau buat persembahan biarlah sederhana dan tertib, (supaya tidak) bertentangan dengan kempen budi bahasa yang dilancarkan kerajaan.

"Anak muda boleh terbawa-bawa perangai itu, bukan lembut tak boleh, lemah lembut bagus, tetapi kadang kala `dressing' keterlaluan, rambut yang elok jadi tercacak.


"Orang akan kata Datuk, itu fesyen, tetapi kita orang Islam, kita jangan tergelincir dalam arus kemajuan. Saya bukan anti orang lembut, tetapi pengacara biarlah normal dan semula jadi, kalau lelaki biar nampak macam lelaki, macho, kalau perempuan macam perempuan, jangan di tengah-tengah,"
kata Badruddin kepada Harian Metro.

Isu itu timbul apabila Badrudin mencelah Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) yang membahaskan Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2005.

Wan Junaidi berkata, jumlah pelajar lelaki memasuki universiti berkurangan berbanding perempuan kerana mereka lebih cenderung berseronok termasuk menonton program seperti Akademi Fantasia.

"Tetapi jumlah pelajar yang sedikit ini, apabila keluar dari universiti, lebih berpeluang mendapat pekerjaan berbanding graduan wanita, kerana mereka daripada golongan terpilih dan gigih," katanya.

Badruldin mencelah dan bertanya Wan Junaidi adakah beliau bersetuju pengacara televisyen tidak menunjukkan perwatakan yang cenderung kepada jantina tertentu.

Diminta menjelaskan maksudnya, wakil rakyat Jerai itu berkata, beliau khuatir kesan ketaksuban remaja terhadap Akademi Fantasia.

"Saya difahamkan, bila Akademi Fantasia ke udara, kadang-kadang anak muda tinggalkan buku sekolah, mereka sanggup tunggu program tu.

"Ini tengok Akademi Fantasia sampai menangis, terharu sungguh, kadang-kadang mak bapak mati tak nangis macam tu, kita terbawa-bawa terpengaruh, sedangkan depa (mereka) bersaing untuk nyanyi, bukan mempertahan tanah air.

"Saya bukan antihiburan tetapi jangan keterlaluan, janganlah sampai lalai, leka sampai tinggal pelajaran, kadang-kadang rambut panjang, tengok tv, lelaki pakai subang fasal terpengaruh dengan fesyen," katanya.

Badruldin berkata, program realiti televisyen termasuk Akademi Fantasia juga mempengaruhi pembaziran di kalangan remaja.

"Kita tengok khidmat pesanan ringkas (SMS) sampai berjuta-juta ringgit, itu adalah pembaziran, kita bising barang naik, sedangkan pembaziran kita tak sedar, anak-anak belanja (bil) telefon (bimbit) sampai RM100 atau RM200 sebulan, itu pun termasuk perbelanjaan kita,"
katanya.

Tension kot Datuk ni sebenarnya anak dia SMS abih duit dia.Whatever the reason - the thing happened before the announcement pasal konsert kelima yang akan diadakan percuma di Putrajaya.

So awal minggu ni, ada yang memberitahu, sebenarnya ekoran benda ni - lesen untuk mengadakan konsert di Stadium Malawati ditarik balik. Ye lah...Shah Alam kan? Walaupun kilang Carlsberg besao gedabak mana pun - tetap nak jaga sensitiviti kan.... (gelak terguling sat)

Anyway - ada sumber Astro mengatakan benda ni memang TIDAK BENAR.

Bukan aku nak menyokong Astro ke apa...but the fact is that according to them, the weekly concert akan kembali ke Stadium Malawati tuk konsert keenam.

Kalau tak korang wat ler spekulasi agi ek. For the moment - take it with a pinch of salt and terima je meka lakukan outdoor concert ni tuk peminat Akademi Fantasia.

Anyway - esok seb baik ada gak transport gi. Da naik pening da...seb baik last minute konperm...so I don't have to miss a thing (Alamak - cam lagu Aidil agik!)

Anyways - ni...ramai yang tanya lak spekulasi sapa akan kuar - I say it will be a boy mengikut trend selang seli. Dan mangsanya? Harus ler Aidil, Kefli dan Reza menjadi calon paling favourite Anugerah Penarik Beg Samsonite Terbaik kan?

But I think Akma and Amy pun masih ada potential tuk go out. Still the peratusan is so low that it's hard to tell. Cam sebenarnya yang aku dengar Idayu minggu lepas sebenarnya second last nak sampai ke ujung rancangan.

Aidil dok bawah skali....tapi mengikut sumber, last minute, sebab da dekat sangat jumlah undi, the last minute Aidil overtake Idayu, mengakibatkan penyingkiran yang tak patut.

So minggu ni - aku seru semua pepandai ler undi yang PATUT je. Patut apa? Pandai-pandai sendiri jawab. Patut pandai nyanyi ke...patut pandai perform ke....patut jadi artis majalah ke...

By the way - ni nak mention.

Surprising ek. Banyak lak birthday lately. Two aku mention (yang mungkin korang kenal) is Fauziah Nawi kelmarin - dan juga Nana ari ni....Happy birthday ladies!

Ujung bulan ni pokai ler aku nak beli adiah. Fuad punya 30hb...Bob punya 31hb. Adus! Nasib baik mine on 17th. Leh tengok aku dapat adiah apa sebelum belikan tuk orang....

Nak sambung wat keja...see you guys in Putrajaya tomorrow...


Reactions:

0 comments: