Saturday, July 16, 2005

1,2 Step!

Rindu lak cam berkurangan update je blog aku lately.

Well, of course I had to deal with quite some shit earlier this week and all - so that took up beberapa hari nak clear.

Another thing is, aku cam preoccupied with cleaning out some problems I have been trying to get settled but for some bloody reason ada je tak kena.

Contohnya like my ex in Jakarta who owes me USD$350.

Memang tuk some people cam tak banyak - tapi aku geram tul because I thought of shopping for some stuff. Yerlah - dah tua agik setahun dalam 24 jam ni. Damn...I am turning 29 as of July 17.

Ingat nak retail theraphy - dari gaya memang tak jadi la sebab mangkuk jamban aku nya ex tu tak sempat gi bank konon. Very the sial!

And in the midst of tight budgeting - I did something stupid. I watched @15 and got caught up in those silly mobile downloads they offered.

Generally - aku malas tul nak download benda-benda ni. After all - setakat ringtones - aku lebih rela edit mp3 sendiri wat ringtone sendiri. Lagik up to date siot. And more well done.

Only problem is the nagging feel of copyright infringement ler.

As for wallpapers and such - ala... leh wat sendiri gak. Tak heran ler. Dahler mahal - nak buang duit wat pe stakat wallpaper burok they're offering.

But yesterday night - tengah layan boring - tengok @15, aku nampak ler meka tawarkan this new thing. Caricatures!

So gatal punya pasal, download laa satu yang aku rasa paling tak burok among all. Animated wallpaper si Fuad. And this is what I got!



I don't know about you guys - but I think I just got conned. Dahler rupa nak kata cam Fuad pun - bloody cheap work done siot on early publicity pics. Mana ler si mamat ni moka bolat camtu.

Rasa cam abang Mamat Lang Buasir Lang Buana tuh jerk. And what's with the Michael Jackson Smooth Criminal thingie. Adus! Henceforth be warned kalau nak download apa-apa dari Astro Mobile downloads. They're just pathetic stuff capitalising on the hype. The real problem is not so much that - but the fact they don't bother siot nak buat betul-betul and give value for money.

Every week kan ada concert - dah ler amik gambar bebanyak. Ni nak tawar-tawar the same old pics recycle. Burok!!!



Anyway - I know I did an earlier posting about Zahid's upcoming Planet Hollywood Sunday Nite Live gig. On Thursday sempat gi press conference for the event which is billed as the Zahid and Friends Sunday Nite Live.

Benda tu including performances by Adam, Farah dan juga Nana.

I don't know how convincingly they're going to pull it off tapi demi support - aku booking table tuk dua-dua malam. There goes my none-existent budget.

Thursday night was so unplanned.

Lepak Maestro nak amik copies of Konsert Akademi Fantasia minggu ketiga sekali ngan koleksi Diari. Kebetulan ada meeting lak pelajar-pelajar tersingkir. Except for Amy yang on the way balik dari Sarawak everyone else ada.

After the meeting - lepak tunggu sat sebab nak dinner skali - gerak ngan abang Aman with Reza, with Elliza and Fuad joining in kat Bangsar Village. Tengah makan si Azlif sampai - rupanya dia yang jemput Amy dan her friend kat airport.

Abih dinner (and berejam lawak bodoh kemudiannya nak bagi si Reza melatah masa dia pegang steak knife sambil Azlif mengelak kena tikam) nak gerak, tapi Syd sampai ngan abangnya (teddybear mana lak ni).

So lepak with abang Aman dan Reza sat sebelum gerak with Syd and abang dia tuk minum sat sambil berborak. Dapat gak jumpa geng baca blog aku yang tak seberapa ni ek.

Friday started out just as unplanned. After sorting out work - rush gi KL Tower tuk meet the fans bersama eliminated students.

Meriah gak - sayang je hujan sebab buat kat Terrace Deck yang open air tu - semua terpaksa cram a small area. I didn't really pay any performance but busied myself mingling friends and family students sekali ngan geng bloggers yang hadir tuk 'beramas mesra' (Amik ko!) including Sultan Muzaffar, Rakyat Jelata dan gak Juan Danza.

Best gak ler lepak sat relieve sikit stress - terasa lak cam Akademi Fantasia dah over - takyah pikirkan pasal konsert akan datang dan sebagainya.

Of course endless conversations and debates abound tentang sapa akan keluar. Rata-rata the most popular answer for the night Kefli, diikuti ngan pilihan seterusnya Yazer, and Akma.

Aku pilih Kefli ler tuk keluar pada konsert minggu ketujuh malam ni. Aku dah memang tak tahan sengau dia ni!

Sampai si Jimmy sombat microphone depan aku - tanya ramal sapa kuar (tak air kot-sebab rasanya mana ler sempat nak on air predictions kan - tunggu ko Jimmy nak panikkan aku jerk) aku terus jawab Kefli.

Jimmy tanya ngapa, aku jawab terus "Sengau!".

Dia kata nyanyi melalui hidung pun teknik, kan? Aku jawab memang pun, tapi teknik yang mungkin terlalu advane yang orang takkan sengaja gunakan dan yang masih aku takleh tima.

Adus...pecah perot gelak. Jimmy..oh...Jimmy...apa daaaa!

Dahler aku kebulur. Dinner ntah haper. Konon dok VIP - tapi makanan hampeh. Aku siap lari buffet line lantak cocktail sausages sebab lebih filling.

Bayangkan ler. Nasi segenggam (leh ker kata segenggam-it was a handful ler or something like that), and several pieces of lamb. Ayam tengah bakar lagi tak cukup kata waitress. Berbekal air kosong, ingat dapat ler naik selera meka hidangkan ikan bakar. Aku unwrap bukak je - tengok mentah lak.

Sampai aku strip off some of the flesh - I swear some veins just popped and the fish started 'bleeding'!

Eeew!!!

Ilang smangat!

Geng media sebelah aku lak dah lapar sangat bila aku pointed out the fish masih raw - dia cuma menjawab "Ikan camni memang like that" dan terus melantak.

I bet dia menyesal five minutes later, the embarassed waiters mai ganti the fish ngan yang masak ala ala charcoaled da - bakar hangus. Tau pun mentah!

Tatau ler mamat ni balik jer mencirit ke tak...

Abis tu sempat jumpa si Anita...dia ni skang ngan KL Tower, dulu dia coprorate comm. for Astro gak. Bab Akademi Fantasia musim pertama ler dia banyak handle. Lepak lepak ngan dia Rozie and all that sat for some extremely scintillating conversation - decided to head back.

An hour later however tengah melantak kat Suzie's Corner with Fuad, and Dura and gang...(ramai sangat nak sebut sorang-sorang kan).

Nak balik tapi rasa malas lak nak tidur (planning nak membuta seharian siang esok) so terus masuk online nak update.

The issue?

Who's going to be out tonight...again...Kefli...Kefli....Kefli.

Dahler. Biar lah mamat ni keluar....torture hidung dia korang paksa dia terus stay.

A good joke we were laughing at (cruel siot satu malam lawak bodoh pasal student-student dalam tu) was about Kefli. hasil dari tengok Diari laporan kedua, masa M. Nasir tengah pep talk ngan Kefli.

Ada member cakap - "Ala Kefli tu...sengau....M. Nasir cakap pun bukan dengar. Orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... Tu pun he can't get it right. Dia masuk lobang idong kanan....keluar idong kiri".

And oh by the way - the standard joke is kalau Kefli masuk final - lagu tugasan dia adalah a new version of the song, "Tiada Lagi Hidungku".

Dalam sembang-sembang, Mawi lak tengah wat ucapan pasal kad wasiat dia - terkeluar tag name dia skang dari anti-Mawi untuknya, iaitu 'Lebai Lalok'. Nak tergelak gak bila teringat...because the way he speaks tu kekadang melampau sangat poyo at times (No, aku bukan hentam Mawi - but I know naturally dia tak cakap sampai camtu).

Aku bagitau member sorang ni, mengikut ada fans Mawi yang nak mempertahankan dia kata, "Style orang Johor/Kulai memang cakap camtu."

Dia jeling kat aku balas, "Tu bukan style orang Johor ok, aku orang Johor. Tu syle Simpang."

Aku pun confuse..."Simpang?"

"Yelaa...tu style cakap mamat-mamat lepak kat simpang, tepi longkang dok ngan kapok!"
Adus...sakit perut (and I didn't even makan the raw fish). Gelak abih ngan member aku ni.

It was a fun night - and a good build up to tomorrow's celebrations (hopefully) when Kefli tarik Samsonite dia balik.

Kalau tak Yazer atau Ekin atau Akma pun jadik ler.

At this point, aku da tak kisah sapa keluar sebab top four memang nyatanya Mawi, Felix, Marsha dan Amylea. Takyah la wat top five, Pecah undi jer....

Reactions:

0 comments: