Saturday, June 25, 2005

Stress...

Semalam kerja memang stress. I don't know why but Fridays, which are usually rest, very light and easy days for me, was not exactly that yesterday.

Aku memang sakit hati gila kat office. Cukup aku katakan ada ler benda aku hantar lambat sebab salah orang lain due to last minute cancellation.

To make it worse - since aku rushing nak carik pengganti tuk story - budak graphic layout lak wat hal. Siap bising kat boss aku kata aku wat hal LAGI!

Like hello, you little minimum wage-earner...ko tak puas ati apa sampai tiba-tiba nak carik gaduh ngan aku. Bila jumpa bukan main baik...dahler ni bukan kali pertama ko nak tikam belakang aku.

Fine...aku sabar gak. Wat muka selamba, siap senyum. Nasib baik masa tu kebetulan (dalam black out office aku and crash system at least tiga kali) Ning ada kerana wat photo shoot ngan Berita Harian - so sempat ler aku last minute wat interview ngan dia tuk replace story 'terkandas' tu.

Lega sikit...

Abih je, I decided I had enough of crap - and since my responsibilities were technically over by the end of the evening...aku pun ciao. Sebelum tu dah berSMS ngan Fuad, so decided gi Maestro nak hang out ngan dia sat, sebab dia ada meeting and then kena gi Astro later that evening.

Sesi chat kat @15 agi...plus interview kat era.fm ngan Nila Kurnia (bespren tuh! - tengok ler dia wat perangai gila - hah Nila! Aku sahut cabaran ko letak pic ko wat tak betui dalam blog aku...cepat blanja kueyteow kerang kat Uptown!)

So lepas dia abih meeting sempat curi masa sikit ler nak sok sek pasai bab show, preparation, vocals etc ... everything and anything work related. Then masuk bab kawan-kawan Akademi Fantasia III.

Ceritanya berpunya dari banyak kejadian yang diluahkan di rumah yang dikongsi Azlif, Haider dan Isa (dan dulu Mawi sebelum dia kena serap masuk balik Akademi Fantasia) pada malam sebelum.

Sebab aku dan Juan and member sorang agik si Ted, malam semalam dah ler lepak tunggu Azlif balik Gombak settle bab lagu dia. Dia tulis lagu ngan hajat nak bagi finalist nanti - cam Fitri dulu wat baju tuk finalist, dia lak nak tunjuk bakat dia wat lagu.

Sempat ler Ted vocal lesson sikit ngan Isa, ajar basic phrasing, stress techniques etc - sambil kami kebuluran nunggu Azlif. Lepas Fuad confirm dia tak dapat join sebab jumpa member...kami berempat turun makan.

Last-last Azlif joined us. After melantak abih...we went to Shah Alam to hantar Ted yang dok Intekma sebab ada kursus. Dalam perjalanan kami dengar dua lagu Azlif. Ni cerita nak menyimpang sikit...first tuh biasa je tapi the second tuh -PERGH!!! Best!

Dalam sembang-sembang, direction lagu bertukar bila kami semua memberi idea...dan lagu tu telah diubah menjadi cerita Akademi Fantasia - ala Menggapai Bintang. Tapi versi pop rock (ala ala Akan Ku Tunggu, Aku, Dia Dan Kamu dan Dunia Belum Berakhir)


Last-last celah-celah mencerita banyak cerita peribadi Akademi Fantasia (banyak rahsia ni!) sempat kami memberikan idea tuk lirik lagu. Kalau lagu tu jadi single - ingat ek...aku bagitau korang dulu. Memang cerita dari 20 jadi 12, dua diserap balik, enam terpisah...dan kemudiannya masing-masing keluar...Then second part pasai ragam seorang-seorang dan memacam drama yang kita lihat dalam Akademi. Moral of the story lagu tu - walau apapunberlaku - walauapapun masaalah - ,erela tetap keluarga Fantasia. If you get to hear the song, bersedia lah gelak abih!

Siap ada reference 'World', 'Konichiwa', 'Praap', 'Belia', 'Cenggeng', 'Opocot', Tibitibit' dan sebagainya apart from a lot of refeences which makes it one hell of a parody. Siap kita leh rancang kalau music video nak 20 orang tu berlakon wat parody abih masa time bersama.

Anyway - back to the original story - aku dok citer lerngan dak Poad pasai what happened the night before - the good, the bad and the ugly...and then meka gerak gi Astro.

Aku ke office Juan ajak dia join ke Astro.

Adus...sampai je buang masa dok 15 minit security nak dapat clearance. Leceh aa kalau geng security baru ni. Ada je songeh.

Masuk dalam lak...naik atas...takder pass lak nak masuk. Aku call Adi yang masa tu tugas ngan Julia tuk xfresh, seb baik sempat tangkap meka tuk buka pintu belah radio.

Fuad punya interview da start masa tu. Adus...kena lak laser sedas ngan Nila - kalau sapa dengar interview smalam Nila refer pada patung rambut merah JL - tu aku ler...siot je...tunggu ko Nila. Poad pun melayan...tunggu ko gak!

Anyway - lepak-lepak, ulang alik antara studio era.fm dan xfresh. Cam GRO lak!

Besh!

Memang stress reliever after a lousy day.

Dalam on-air tu, sempat mencelah online tunjuk Fuad email pembaca blog ni ke email aku tuk dia - dan comments yang dia tak baca agik kat blog ni sesikit...(tu pic kat bawah kalau nak bukti Fuad sendiri baca comments korang kat sini)

Seronok dia tengok response - kira ada gak yang masih sayang ler kalangan public walaupun terkeluar awal....(Pada mereka yang tatau - malam sebelum masa dia chat ngan Azlif dan Elliza kat @15 - kalau perasan Azlif ada sebut yang Fuad menitis airmata tengah dok chat sebab meka tengah tunjuk ulangan konsert ketiga dan dia tak tahan tengok masa dia wat Gerimis Di Lautan -sorry dakMat aku pecah lobang).

Yerlah...aku malas nak ulang - tapi kalau orang rasa dia ngada, over dan sebagainya (aku pun sampai tahap geram meluat tengok dia kekadang walaupun sokong dia)...stress dia ramai tak paham. Antara 20 orang yang join kuarga Akademi Fantasia tahun ni, ramai tatau ni peluang kedua dia selepas top 20 tahun lepas tapi tak dapat masuk Akademi. Tu yang dia nekad nak wat terbaik sampai try too hard....takper Fuad...I'm sure you have a career you can be proud of....!

Anyway - at the end of it...dia gi chat kat @15 - kita sambung dok lepak kat xfresh. Juan siap on-air tu...aku tanak sebab asik nak dok keluar isap rokok...ngantuk sikit sebenarnya...

Masa balik, perasan lak abang Wan, artist manager Maestro yang temankan Fuad tertinggal barang, so gi pass kat dia kat belah @15.

Abih je chat - kita gerak balik skali... ni stop sat nak upload pics sebab cam today was such a gratifying day despite all the heartache at the office.
Esok lak looking forward to another great day - sebab pukul 1pm jangan lupa ada Gempaq Selebriti Astro kat Billion, Kajang (aku pun tatau mana tapi cadang nak redah cari sebab Fuad, Elliza, Anding dan ramai agik ada). Pastu, finished with that, we will gather at Stadium Malawati for the concert.

Pada mereka di Johor - pastinya banyak event Gempaq kat sana - so ramai ler anggota keluarga Akademi Fantasia - serta personaliti Astro yangt 'menyerang' di selatan ek.

Pada orang Johor kalau nak tengok Fuad - dia akan wat show kat Plaza Angsana tuk Gempaq - and the best thing is that Farah akan ada sekali (jeng jeng jeng!!!)

Anyway, sesapa nak ramalan sapa nak kuar - ni teori menarik dari Julia xfresh.

Ingat musim kedua? Sapa yang keluar dulu...Edlin kan? Sapa keluar dulu kali ni? Elliza kan?

Pastu sapa keluar kedua masa last year? Fitri kan? This year...Fuad lak nombor dua tersingkir.

Nampak ada pattern? Ikut abjad nama pertama. So kalau ikutkan - last year Anding nombor ketiga disingkir. That means mungkin Akma atau Amy yang akan bye-bye. Tapi benda tu aku rasa not applicable ler sebab mungkin kebetulan. Tapi aku rasa coincidentally - memang ada kebarangkalian antara dua nama tu terkeluar. Sentimen anti-Reza aku rasa masih tak cukup tuk menyingkirkan dia...not this week at least. I'm actually hoping it will be another boy - but we'll see.

Seperti biasa - sebab peratusan terlalu dekat (kecuali Felix dan Mawi yang selamat gila babas) yang lain jer ler akan bertanding tuk tempat terbawah...

By the way, DON'T FORGET to visit [klubbkidd's rave] - The fotopages! untuk lihat gambar-gambar exclusive from the interview at era.fm semalam. Ingat! Teruskan voting/undian untuk aku kat Malaysian Topblogs, especially since esok pas konsert tengah malam aku nak bergegas wat radio.blog konsert keempat tuk korang. Bagik can ek...marilah mari....cepat mengundi!!!

Here's to a fun-filled Saturday!

Reactions:

0 comments: