Monday, June 13, 2005

Pesanan ikhlas...

OK...posting ari ni simple je.

Dua isu telah timbul sejak penyingkiran semalam yang tengok orang kecoh sangat kat semua forum, blog dan juga kat @15 yang asik dok kena censored manjang. Sampai member moderator kat @15 pun pening (aku baca pun naik tekanan darah!)

Apapun - ni jawapan aku - pada para pembaca bloggers aku harap pandai sikit.

*Penyingkiran Elliza
Cubalah matangkan diri. Kenapa Elliza tidak patut disingkirkan? Aku rasa penyingkiran tu adalah penyingkiran paling arif dalam tiga musim Akademi Fantasia.

Jangan lupa - ini adalah realiti TV. Ini bukan pertandingan karaoke di plaza beli-belah!

Oleh itu, bukan sahaja suara di ambil kira. Konsert mingguan memang menjadi sebahagian penilaian mereka dan kebolehan mereka. Tapi hakikatnya - peribadi mereka juga diambil kira - kerana apa gunanya Diari kalau bukan tuk ambil kira dan menilai diri mereka dan kelayakan mereka untuk menapak ke dunia luar sebagai artis.

Elliza banyak mengumpat dan mengata - dan adakah sifat tu yang dianggap remeh temeh oleh peminatnya digalakkan esok lusa kang kalau kuar nak jadi artis?

Fikirlah dengan matang!

Orang-orang yang taksub sangat dengan seseorang tu juga akan menjadi orang pertama melatah kalau artis tu buat perangai kang bila da tak reti membawa diri.

Aku tak nafikan bakat Elliza, tapi aku menyokong sekerasnya penyingkiran tu sebagai wajar kerana Akademi Fantasia mencerminkan realiti industri muzik kita. Pakej tu important! Penting sangat. Pakej dari segi bukan sahaja dari bakat dan kebolehan tapi pembawakan diri.

Mungkin M. Nasir sendiri harus mendalami erti realiti TV sebelum membuat komen.

Lagipun...dia sendiri bertanggungjawab atas kekurangan pelajar-pelajarnya. After all...sesi pembelajaran Akademi Fantasia ni yang paling lenient dan main-main dalam sejarah Akademi Fantasia.

*Mawi
First off all, memang Mawi over confident malam tu. Walaupun aku sokong dia, aku setuju klaau ada yang mengatakan Mawi ibarat lupa diri malam tu dengan tidak meletakkan fokus pada tugasan.

Lawak bodoh peminat mengatakan dia mungkin mengubah lirik adalah nonsense!

Sampai Menuju Puncak, terlampau ketara kesilapan-kesilapannya!

Tapi yang menyakitkan hati, dia seolah tidak amik hirau kekurangannya kerana tau kehadiran para peminatnya yang memang tidak dapat dinafikan.

Bukan maksudnya aku nak menghentam Mawi, kerana aku berpendapat dia ada tempat dalam final dengan mempunyai kriteria-kriteria untuk menjadi seseorang insan seni yang boleh maju jauh. TETAPI! Untuk sementara, dia tetap seorang pelajar di Akademi Fantasia, dan dia harus belajar tuk hormat sistem pendidikan yang ada.

Adakah kesilapan-kesilapannya patut melihatnya disingkirkan instead of Elliza?

NO!

Sebab aku masih boleh memberikan peluang padanya di tahap ini.

Dalam seminggu dua akan datang - kalau Mawi teruskan perangainya - mungkin Mawi betul-betul akan menjadi Mas seterusnya dengan hanya mengharapkan peminat yang taksub tuk stay on, without truly deserving his position.

Para peminat Mawi harus hormat tradisi Akademi Fantasia dan jangan membuat kesilapan yang pernah dilakukan Mas FC dulu yang berjaya bagi orang ramai meluat sangat sampai akhirnya Mas rugi dibuang seminggu sahaja sebelum final. Keadaan tu boleh jadi pada Mawi juga...nothing is impossible.

Aku yakin Mawi pun tidak akan suka peminatnya membabi buta dalam mencetuskan pergaduhan kata-kata. Kalau betul orang lain yang mulakannya....then keep quiet dan jangan keruhkan lagi keadaan. Lakukan tugas anda sebagai peminat untuk menilai persembahannya secara JUJUR!

Saya terlampau meluat melihat yang menggelar diri peminat tapi mencemar nama Mawi kononnya demi menjaga kehormatan Mawi.

Peminat-peminat extremist dan fanatic ni tidak akan diterima di mana-mana pun, so just be careful.

As much as aku sokong usaha Mawi, saya tidak ingin dia menjadi manga terkeluar dari Akademi akibat perangai beberapa orang peminatnya yang membuat kerja bodoh dan mengakibatkan orang meluat dengan Mawi.

SO STOP IT!

Tu luahan hati aku lepas terpaksa melayan SMS bertimbun - email yang memacam - dan @15 yang ngarut dengan sentimen-sentimen yang lahir dari peminat-peminat buta seni, syok sendiri dan taksub, serta pencetus pencetus agenda yang ingin menyingkirkan Mawi.

Apapun - tunggu petang atau malam esok untuk interview saya bersama Elliza yang akan diadakan di Astro pagi esok.

Aku juga akan posting gambar-gambar dari Gempak Selebriti Astro yang diadakan petang tadi yang melibatkan artis Akademi Fantasia seperti Zahid dan Anding, dan juga finalis seperti Diana, Haider dan Rina.

Pada peminat Zahid, aku da dapat gambar-gambar dari kamera Zahid sendiri yang diamik masa kat Gold Coast, so I will try and post them secepat mungkin.

Tima kasih ek Aypol sebab pass memory card tu....Zahid...tima kasih tunai janji walalupun 'cepat' (perli tuh) sangat. Tu ler prangai adik bucuk oren aku! (tergeli sat)

So, saya mintak semua renungkan apa yang saya luahkan diatas...dan matangkan lah diri anda demi industri muzik kita...

Reactions:

0 comments: