Wednesday, June 22, 2005

Apa nak jadi?

Mungkin ramai tertanya kenapa kurang (sebenarnya cam tak ada lak) ulasan mengenai Diari Akademi Fantasia sejak dua menjak ni.

Well, honestly aku rasa bosan nak tonton sebab Fuad tak ada dah. Walaupun dulu aku meluat ngan dia because dia over dalam minggu pertama dan kedua, dia mewarnai Akademi ngan perangai dia.

So skang cam ilang smangat. Tambah agi - seolah tak ada apa pun yang menarik pasal dunia pelajar-pelajar dalam Akademi Fantasia pun...walaupun aku masih sayang Mawi, Marsha, Felix dan Ekin, dan masih sokong perjuangan mereka. Cuma - dan ni perasaan aku je yer, so sapa tak suak too bad...aku sakit hati melihat beberapa orang yang masih tidak tersingkir walaupun bakal memalukan ngan kelembapan berterusan mereka.

I mean...kalau dulu lah...bila bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Sahri, Rosma...Zarina terkuar...orang merungut kata kita tidak pentingkan vocal quality. Yang herannya - ramai lak tau merungut about this injustice - but at the end of the day, benda ni nampaknya akan berulang lagi....

Percayalah...

Aku dah hilang semangat juga sebab pilihan lagu seolah memihak pada beberapa pelajar...seolah mereka ni dibantu untuk bertahan...

Tak percaya - lihat balik trend lagu-lagu tugasan minggu-minggu lepas...and compare them. Anyway this is for this week's concert...and what I think of the song selection. Mintak-mintak ler Astro pikir lebih mendalam sebelum settle on pilihan lagu sesenang tu je lain kali. Nama Akademi...camne ler nak ajau bebudak kalau stakat berikan lagu-lagu yang 'berpihak', advantageous for some and not for others. Seriously...

Lagu-lagu tugasan minggu ni...my comments
Aidil : Suratan Atau Kebetulan (Kenny, Remy, Martin)
Again, this is hardly a challenge vocally. Tapi sebab lagu ni emosi sikit, cabaran besau ler for him. I seriously think there has to be a better choice of tunes. Cam beri peluang lak aku tengok dengan memilih lagu yang tidak mencabar bagi pelajar. And in Aidil's case, dia selalu seolah dibantu dengan diberi lagu-lagu 'siulan' kegemaran ramai...which is always a plus factor untuk menghiburkan audience tanpa usaha.

Felix : Aku Semut Merah (Meggy Z)
Felix antara pelajar yang wajar mendapat perhatian simply because he has been getting a whole different range of songs. Variety of genres dia dapat memang luas, and he has been meeting the challenge each time. Ni antara pelajar yang wajar digelar bintang Akademi Fantasia bila keluar.

Kefli : Seksa (Ukays)
Meka nak grooming mamat ni jadik apa? Suara dahler yang paling hancus! Baik kalau nak tolong dia sangat, bagi la lagu New Boyz atau Boboy je...kes harap muka, suara merengek hidung tersumbat.

Mawi : Nou'r El Ain (Amr Diab)
Not much of a challenge for Mawi dari segi bahasa or vocals, but since lagu ni is not a slow tune, it will be a challenge for him. Actually, anything pun yang berentak moderate and above kira a challenge. Will be nice to see him perform this though.

Reza : Senandung Semalam (Jamal Abdillah)
Suka kalau lagu ni menjadi lagu final tuk Mawi, tapi apakan daya. It's a good choice though - as it will test Reza vocally. Since dia antara paling lemah bab vocal (selepas Aidil dan Kefli ler) - ni ujian terbaik tengok dia mampu ke tak.

Yazer : Nyanyian Serambi (Ramli Sarip)
Bosan tul mamat ni! Cam kena manja ngan orang dalam je! Asik lagu yang dok safe range vocal dia. Perlu ke? This is the only untested student in Akademi Fantasia so far - and minggu ni dia tidak akan diuji lagi. Naik boring tahap gaban kalau camni. Seolah ada agenda nak pastikan dia ke minggu-minggu akhir.

Amy : Bilang Saja (Agnes Monica)
I think Amy wilol have no problem. Tapi since dia dah buat Asmaradana minggu lepas, giving her a song yang pop dance is a no-brainer. Tak reti follow up tul meka ni. Berikan ler lagu yang different. Tugasan tidak mencabar kebolehan pelajar.

Amylea : Don't Know Why (Norah Jones)
Lagu-lagu jazz standards are always the hardest sebab memerlukan a range of expressiveness bukan dengan kelantangan vocal, but an impressive use of vocal dynamics. Walaupun lagu ni is a fusion crossover and not pure jazz, still this is going to be interesting! Amylea antara pelajar yang susah dapat feel lagu - and lagu ni is one of the real tests of the night.

Akma : L.O.V.E (Nat King Cole/Natalie Cole)
Sepatutnya bagi lah lagu ni kat Amy. Akma da memang standard club singer. She will have no problems with this except for feel, vocally. Dia dahlah memang tak ada x-factor. Walaupun perfect mana performance dia vocally pun, tetap membosankan...so tak sesuai ler bagi dia lagu 'menyeksa' kekurangan kebolehannya untuk menyerlah.

Ekin : Antara Dua (Farah AF2)
Ni lak - no-brainer. Pilihan lebih seolah nak promosi album Farah. A million and one tunes, and they chose this. Lagu tugasan tuk menguji kebolehan jadi promosi lagu lak.

Idayu : Tiada Lagi Tangisan (Misha Omar/Aishah)
Ni merupakan cabaran. Nak tau mengapa? Sebab Idayu yang selama ni zero originality (walaupun sedap suara, aku ngaku) mesti confuse sapa dia nak ikut. Copycat with too many options.

Marsha : Tunggu Sekejap (Allahyarham Tan Sri P.Ramlee/Jaclyn Victor)
Aduh! Ingat ni Akademi Fantasia. Pilihan lagu original. banyak lagik lagu dari lagenda seniman negara. Perlu ke lagu dah di bawa dalam Malaysian Idol? Bound to be comparisons, tambah lagi sebab lagu ni kira baru-baru ni diberi nafas segar. Pemberian lagu seolah untuk membunuh!

So setuju atau tidak...terpulang...aku tak berapa tertarik ngan pemberian lagu minggu ni. My highlight for this week's show, judging based on song and ability to perform will be Felix and Amylea.

Bagi peminat-peminat yang nak tau.... minggu ni KEMUNGKINAN BESAR akan adanya suatu kejutan... nak tau apa? Tunggu!

I think I won't say it for now - walaupun ada terdengar sesuatu minggu lepas.

Reactions:

0 comments: