Wednesday, May 18, 2005

Finallly!

Pertama sekali, I want to say sorry because lambat sangat for me to update my pages.
Bukan sengaja ke ada masalah apa...cuma lepas press conference Akademi Fantasia...dok sembang ngan kawan-kawa Astro dan Maestro serta keluarga Akademi Fantasia.

Sempat ler soksek ngan abang M. Nasir dan kak Marlia sebagainya nak push my choices. Best was Linda Jasmine sebab taste kita walaupun lain, ok ler...

Lepas press conference panjang lebar perkenalkan mereka lak, sambung sesi soal jawab.

Sempat ler 'berkenalan' secara tak langsung ngan Fuad, favourite aku, yang sebelum ni audition Kuala Lumpur pakai 109 (tengok sesi ujibakat episod 1 ke 2). Besh!!! Memang nak lobi Fuad je laa kalau dia dapat masuk Akademi!

But aku target dia camner aku target si Zahid dulu.

Masa press conference besh sebab jumpa geng mods dan chatters' club from @15 - paling sayang Qenari (tima kasih sebab kenalkan kat sbones)...eheheh. Juga president club iaitu stone328. Yang lain mintak maap ler tak sempat sembang panjang.

Abis tu kena interview ngan Trek Selebriti (ker Trek Fantasia) ngan Jimmy. Tanya ler pasal pemilihan dan sebagainya...abih tu lak interview ngan Tirai Akademi Fantasia lak (korang carik2 ler muka aku yang muka komunis tu ngan rambut merah and piercings everywhere tu).

Apapun...aku tetap nyatakan Fuad favourite aku kat kedua-dua interview! Amik ko!

Anyway, habih tu, sambung discussion ngan tenaga pengajar dan produksi, termasuk Adi, Aman, Rozie etc.... Dari sana, ngan one group ke coffee house lak tuk sok sek lak! Sampai kul 12 lebih gaduh sapa patut masuk sapa patut kena singkir! This time ngan geng comprising of Rozie, Aman, Adnan Abu Hassan dan Ellie Suriarty as well as member press sorang agik si Juan dari URS.

Abih Marlboro dua kotak kot aku isap! After Ellie dan Adnan balik ada hal masing-masing, kita berempat bertekak pasai sapa patut masuk, si Rozie lak kita nak buaikan sikit sebab dia antara judges pada Konsert Prelude nanti.

Anyway balik office, rush tuk news, then check, Internet connection at the office problem lak. Scanner lak dipakai, tak dapat ler nak scan pic. Apa lagi member aku yang pakai laptop takder nak transfer pic pun takleh dari phone aku etc.

But memang....kalau nak tanya aku ler...Akademi Fantasia III is going to be FANTASTIC!!!

Memang aku dah demam! Adusssss!!!! They are all good singers, and I hope this Saturday, they all really show their talent... So untuk exclusive first hand info, check back sini...I promise pics dan info yang paling tepat by around noon....ok?

Sementara tu, this is the information you all nak pasal sapa 20 tu....I akan insert pics as soon as I dapat scan (by malam ni kalau sempat).

Senarai 20 yang akan bertanding pada Konsert Prelude Akademi Fantasia Sabtu ni tuk berebut masuk Akademi Fantasia.

Peserta perempuan:
*Amylia binti Mohd Azlan (Amy), 21, Kuching, Sarawak
*Amylea binti Azizan (Amylea), 19, Langkawi, Kedah
*Asiah Tunakma Abdullah (Akma), 20, Kuala Lumpur
*Nor Diana Akmar binti Tajul Ariffin (Diana), 22, Kuala Lumpur
*Elliza binti Abdul Razak (Elliza), 21, Kuala Kangsar, Perak
*Norashikin binti Abdul Rahman (Ekin), 21, Wilayah Persekutuan Labuan
*Nor Farah Idayu binti Yaakob (Idayu), 20, Kota Bharu, Kelantan
*Marsha Milan Londoh (Marsha), 20, Tamparuli, Sabah
*Hazrina binti Illias (Rina), 21, Sri Manjung, Perak
*Nurshiha binti Mohd Zikir (Shiha), 18, Gombak, Selangor

Peserta lelaki :
*Nik Mohd Aidil bin Nik Zamri (Aidil), 21, Kuala Lumpur
*Azlif Suhaizad bin Abdullah (Azlif), 23, Johor Bahru
*Felix bin Agus (Felix), 23, Kota Belud, Sabah
*Fuad Razlan bin Abdul Azri (Fuad), 20, Kuala Lumpur
*Haider bin Arif (Haider), 20, Kota Kinabalu, Sabah
*Isa Kumar bin Jali Sulaiman (Isa), 19, Kota Samarahan, Sarawak
*Mohamed Zulkefli bin Mohd Idir (Kefli), 21, Kuala Lumpur
*Asmawi bin Ani (Mawi), 24, Kulai, Johor
*Syaiful Reza bin Mohamed (Reza), 27, Kuala Lumpur
*Mohd Yazer bin Yusof (Yazer), 23, Tawau, Sabah

Apa yang anda harus tahu!!!
*Konsert Prelude Akademi Fantasia akan di siarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, melalui Ria dan @15 pada Sabtu ni, pukul 8.30pm.

*12 pelajar akan mara, bila juri menyingkir 8 orang berdasarkan persembahan peserta dengan lagu pilihan sendiri. keputusan adalah 100% pilihan juri. Konsert ini dianggap kemuncak peringkat ujibakat, dan bukan sebahagian 'rasmi' Akademi Fantasia.

*Pengadil-pengadil malam tu adalah, M. Nasir (Pengetua Akademi Fantasia), Rozina Aziz (Ketua Program Melayu Astro), Freddie Fernandez (Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent and Management Sdn Bhd), Siti Hajar Ismail (guru nada suara Akademi Fantasia) dan Kudsia Kahar (Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian Airtime Radio and Management Sdn Bhd.

*Tiada tiket yang dijual untuk konsert ini dan ia hanya terbuka pada jemputan iaitu keluarga peserta, media dan beberapa jemputan khas saja! (Yea yea aku pergi!!!!)

*Peserta yang berjaya akan masuk ke Akademi di The Lake Homes Bungalow, The Mines, South Lake, Mines Resort City pada 29 May.

*Konsert mingguan akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam dan akan disiarkan secara langsung.

*Kudsia Kahar tetap sebagai pengkritik tetap konsert mingguan (keputusan last minute ek)

*Hadiah pemenang adalah : Juara Akademi Fantasia - Hadiah berjumlah hampir RM250,000 yang terdiri dari sebuah apartment, Suzuki Swift 1.5L Hatch, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke London dan Paris, sistem teater rumah dan peralatan elektrik, sebuah kerusi urut dan lain-lain barangan.

*Naib juara mendapat hadiah berjumlah RM45,000 tediri dari wang tunai RM10,000, pakej percutian ke London, sistem teater rumah dan peralatan elektrik, sebuah kerusi urut dan lain-lain barangan. *Tempat ketiga menerima hadiah berjumlah hampir RM35,000 termasuk wang tunai sebanyak RM5,000, pakej percutian ke London, sistem teater rumah dan peralatan elektrik dan sebuah kerusi urut.

*Tempat keempat akan menerima hadiah berjumlah hampir RM25,000 termasuk wang tunai RM4,000, pakej percutian ke Bali, sistem teater rumah dan peralatan elektrik dan sebuah kerusi urut.

*Kelima lak akan terima hadiah bernilai lebih RM20,000 termasuk wang tunai RM3,000, pakej percutian ke Bali dan sebuah kerusi urut.

*Anda masih boleh mengundi dengan AFUNDI ke 32999.

*Undian boleh juga dijalankan dengan menggunakan butang R dan juga talian tetap (abih phone bil rumah!)

*Aksi Akademi Fantasia - majalah rasmi Akademi Fantasia musim ketiga akan diterbitkan akan dijual mulai 30 Mei dengan harga RM3.90 di Semenanjung Malaysia dan RM4.90 di Sabah, Sarawak dan Brunei. Tiket-tiket jinsert mingguan boleh didapati dari TicketCharge pada harga RM20 dan RM40.

*Tiket early bird offer lak yang dibeli sebelum 12 tengahari ari Selasa lak dapat harga istimewa iaitu RM10 dan RM25.

*Tiket konsert mingguan juga boleh dibeli di ticketCharge - MidValley Boulevard, The Mall dan Lot 10, Kuala Lumpur.

Reactions:

0 comments: