Wednesday, April 20, 2005

Tenaga pengajar/new faculty for Akademi Fantasia!

Ok...tak ada banyak masa ni.Nak gi KL Hilton Sentral.Ada press conference sat lagi at 3pm to announce sapa yang akan menjadi team AF untuk musim ketiga.

Setakat ni, aku sempat announce dalam gosip column aku kemungkinan besar Linda Jasmin dan Fatimah Abu Bakar sudahpun menandatangani contract for another term sebab sumber Astro memberitahu ada dua orang sudahpun confirm their participation from the old team.

As of yesterday, aku dengar ada contract yang masih belum sign lagi, tapi setahu aku until last evening, memang confirm (mengikut sumber yang boleh dipercayai) Linda Jasmin dan Fatimah Abu Bakar memang dah pun setuju untuk bersama AF III, as well as Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar.

Pengetua masih belum confirm lagi - tapi yang confirm dan pasti Ramli M.S. tak akan sambung tenure dia sebagai pengetua. Nama yang frontrunner for the post is Farihin Abdul Fatah as widely speculated.

Sejauh mana kebenarannya? Aku akan bagitau dalam masa beberapa jam agi.

Reactions:

0 comments: